En. Fadlie

Financial Freedom Warrior

Cara Menjimatkan Penggunaan Air

Cara Menjimatkan Penggunaan Air

Cara menjimatkan air sangat banyak.

Namun sebelum itu, kita lihat dulu apa manfaat kita jimatkan penggunaan air?

  1. Ofkos, dapat jimatkan bil bulanan. Jimat bil, jimatlah wang perbelanjaan kita.
  2. Memastikan bekalan air sentiasa mencukupi. Jika pembaziran berlaku, kemungkinan pihak terbabit terpaksa melakukan sesuatu yang akan menyebabkan alam sekitar perlu menjadi mangsa. Atau kos besar perlu dikeluarkan. Malah tanpa bekalan yang cukup, maka berlakulah masalah bekalan air yang terputus.

Jangkaan yang amat menggerunkan, UNESCO menjangkakan lebih kurang 1,800 juta manusia akan menghadapi hidup dengan ketiadaan air menjelang 2025.

Tip Penjimatan Air

  • Sisa air basuhan sayur-sayuran boleh digunakan untuk siraman bunga.
  • Baiki paip dan peralatan yang rosak atau bocor dengan secepat mungkin.
  • Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi dan sebagainya.
  • Tutup air pancuran seketika semasa mencuci badan dengan sabun
  • Semasa mandi, sediakan bekas atau baldi agar sisa air dapat dikumpul bagi kegunaan lain (seperti untuk membasuh tandas).
  • Lakukan siraman pokok pada waktu pagi kerana air tidak cepat kering. Digalakkan gunakan bekas menyiram berbanding air pancuran.
  • Semasa mencuci pinggan mangkuk, cuci dulu dengan sabun. Kemudian baru buka / alirkan air untuk membilas.
  • Cuci baju sekali banyak terus.
  • Elakkan anak-anak bermain air seperti semasa mandi. Jika perlu, gunakan kolam mainan dan isi air ke dalamnya, berbanding membiarkan anak-anak mengalirkan air berterusan.
  • Catat penggunaan isipadu air pada setiap bulan (rujuk bil). Ada sesetengah negeri sudah mempraktikan e-bil dan disertakan dengan graf penggunaan air. Jika graf menaik, anda perlu merancang sesuatu agar penggunaan air dapat dijimatkan kembali.

ebil-syabas-air-selangor-water-usage

Ada banyak lagi tip dan cara menjimatkan air. Anda boleh tambah di ruangan komen!

 

Rujukan:

  1. https://airkelantan.com.my/maklumat-pengguna/tips-untuk-penjimatan-air/
  2. http://perpustakaanjbpm.blogspot.com/2012/07/jimatkan-penggunaan-air.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *